I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, 25 April 2011

Adab ketika minum



assalamualaikum...hari ini sya nk share tentang Adab-adab ketika minum.......emm pernahkah anda minum ketika berdiri?kadang-kadang jika anda dalam keadaan kelam kabut dan terlalu haus,anda jarang mengikut adab ketika minum.sepatutnya perkara ini perlu ingat selalu kerana islam menjaga tatatertib dalam setipa perbuatan.Mari kita lihat beberapa adab dan garis panduan yang perlu diamalkan ketika hendak minum.


1.Bacaan "Bismillah"dan Alhamdulilah

Sebagai seorang muslim,setiap perkara yang kita lakukan perlu dimulai dengan bacaan"Bismillah"sebagai pembuka sesuatu perbuatan,diakhiri dengan bacaan "Alhamdulilah"supaya apa sahaja yang kita lakukan itu akan diberkati oleh-Nya.



2.Minum dengan tiga kali nafas

Rasullulah SAW tidak pernah bernafas ketika minum melainkan menjarakkan hidung dan mulutnya daripada gelas.Hal ini dijelaskan di dalam hadis sahih bahawa Rasullulah SAW bersabda yang bermaksud"Apabila salah seorang daripada kalian minum maka janganlah ia bernafas di dalam gelas akan tetapi hendaklah ia menjauhkan rempat minumnya dari mulutnya"(hadis riwayat lbnu majah dan Abu HUrairah r.a).Cara ini dinyatajan amat berkesan untuk mendapatkan lebih kepuasan dan menghilangkan dahada sepenuhnya.


3.Minun dalam keadaan duduk

bagi membezakan orang islam dengan agama lain ialah adab sopan perlu ada dalam setiap perbuatan.Oleh itu ambilah masa mencari tempat yang sesuai untuk duduk ketika minum kerana budaya baik inilah yang perlu kita tunjukkan kepada bangsa lain.Tetapi jika tiada langsung tempat untuk duduk maka barulah anda haruskan minum sambil berdiri.



4.Amalan hidup sihat

Islam melarang kita menghembuskan nafas ke dalam minuman bukan tanpa sebab.Perkara ini dititik beratkan kerana kepentingan kebersihan seperti air lidah,hingus atau bau-bauan yang tidak diingini boleh memasuki ke dalam air minuman tersebut.Jika diminum,ditakuti akan mendatangkan kemudaratan.



5.Berehat dahulu.

selepas melakukan kerja-kerja berat pasti anda akan berasa haus.tetapi perlu diingat bahawa anda perlu berehat terlebih dahulu sebelum meneguk sebarang minuman.Ini kerana organ dalaman yang penat bekerja seharian perlu diberikan masa untuk berehat sebentar sebelum melakukan aktiviti seterusnya.



6.jangan minum sekali teguk

Tidakkah anda sedar bahawa jika anda minum tanpa bernafas walaupun sekali ia boleh mendatangkan kemudaratan kerana wap panas yang anda sedut ketika minum boleh menimbulkan sekatan pada kerongkong.Jika itu berlaku,anda boleh tercekit ketika minum.Maka bernafaslah ketika minum seperti mana Rasullulah SAW bersabda yang bermaksud"sesungguhnya yang demikian lebih memuaskan,lazat dan mudah ditelan serta lebih selamat,.(hadis riwayat Muslim,Ahmad,Bukhari,Abu Daud,At-Tirmidzi,Ibnu majah)




oleh itu, marilah kita sama-sama menjaga tingkah laku kita ketika minum..

No comments:

Post a Comment